Telur ais litupi pantai
HELSINKI - Ribuan bola ais berbentuk telur telah ditemui menutupi pantai di Finland hasil fenomena cuaca yang jarang berlaku.
Jurugambar amatur, Risto Mattila adalah antara mereka yang menemui 'telur ais' di Pulau Hailuoto di Teluk Bothnia antara Finland dan Sweden.
Pakar mengatakan ia disebabkan oleh proses yang jarang berlaku di mana kepingan-kepingan kecil ais digerakkan oleh angin dan air.
Mattila dari bandar Oulu yang berdekatan memberitahu BBC bahawa dia tidak pernah melihat perkara seperti itu sebelumnya.
"Saya bersama isteri saya di pantai Marjaniemi. Cuaca cerah kira-kira -1C (32F) dan ia agak berangin.
"Di sana kami dapati fenomena yang luar biasa ini. Terdapat telur salji dan ais di sepanjang pantai berhampiran saluran air," katanya kepada BBC.
Mattila berkata, bola ais meliputi kawasan sekitar 30 meter (100 kaki), dengan saiz paling kecil berbentuk telur dan terbesar bersaiz bola.
"Itu pandangan yang luar biasa, saya tidak pernah melihat apa-apa seperti ini selama 25 tahun yang tinggal di kawasan itu," kata Mattila - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!