Tip efek kulit wajah nampak sekata
TIDAK sempurna solekan wanita sekiranya kulit wajah tidak dilapisi olesan krim asas.
Secara ringkasnya, krim asas yang hadir dalam bentuk cecair dan bersifat ringan digunakan untuk memberikan efek warna kulit wajah tampak sekata.
Pada masa sama, ia menutup kesan parut jerawat, bintik hitam dan garis halus. Bagaimanapun, sesetengah wanita melakukan kesalahan dalam memilih rona krim asas sehingga menampakkan perbezaan antara warna kulit wajah dan leher.
Justeru, bagi mengatasi masalah tersebut, jurusolek, Gary Cheok berkongsi tip memilih warna krim asas yang serasi dengan rona kulit wajah menerusi segmen Sentuhan Magis kali ini.
Demonstrasi solekan berkenaan ditunjukkan beliau pada Majlis Pelancaran Jenama Koh Gen Do di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sila klik video di bawah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!