26 pelancong Singapura cedera jambatan runtuh di Batam

Tanda amaran telah diletakkan berhampiran zon kemalangan. - Foto Agensi
Tanda amaran telah diletakkan berhampiran zon kemalangan. - Foto Agensi
A
A
A

BATAM - Seramai 26 rakyat Singapura cedera selepas jambatan kayu yang dilalui mereka runtuh di Montigo Resorts dekat pulau Batam, Indonesia kelmarin.

Ketika kejadian, kesemua mangsa yang merupakan kakitangan kumpulan bantu diri (self-help), Yayasan Mendaki sedang bercuti bagi membincangkan perancangan kerja untuk tahun akan datang.

Menurut jurucakap polis Riau, Erlangga, pelancong sedang mengambil gambar di jambatan kayu sepanjang 70 meter di pusat peranginan berkenaan sebelum bahagian tengah jambatan itu tiba-tiba runtuh, mengakibatkan lebih 30 orang terjatuh ke dalam laut.

Sementara itu, Montigo Resorts dalam satu kenyataan memberitahu, insiden berlaku kerana lebihan kapasiti.

"Kemalangan berlaku kerana lebih 30 orang berada di tengah-tengah jambatan di mana jeti tersebut sebenarnya hanya laluan sementara.

"Buat masa ini, tanda amaran telah diletakkan berhampiran zon kemalangan. Ia akan dibaiki untuk memastikan jambatan lebih kukuh untuk keselamatan tetamu," katanya.

Difahamkan, jambatan kayu itu diselenggara tahun ini dan menjalani pemeriksaan rutin secara teratur. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!