Saman agensi pelancongan tiada kaitan kes video intim

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ketika berucap pada majlis Pra Pelancaran Projek Perumahan Mampu Milik (Swasta) di sini hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ketika berucap pada majlis Pra Pelancaran Projek Perumahan Mampu Milik (Swasta) di sini hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
A
A
A

PUTRAJAYA - Tindakan undang-undang yang diambil agensi pelancongan, YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiada kaitan dengan video intim yang diperkatakan beberapa bulan lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata, perkara itu hanyalah kebetulan.

"Ini hanya pertikaian perniagaan sahaja. Saya difahamkan anak pemilik agensi pelancongan tersebut adalah salah seorang yang ditahan polis berikutan kes penyebaran video terbabit," katanya.

Menurutnya, beliau dimaklumkan agensi tersebut telah memberikan perkhidmatan kepada Mohamed Azmin sejak lebih 20 tahun lalu.

"Mereka sedang menyemak bil berkenaan, mungkin Azmin terlepas pandang... Beliau akan bayar, jadi tiada isu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pra Pelancaran Rumah Mampu Milik Swasta di sini hari ini.

Beliau berkata, saman tersebut tidak memalukan kerajaan.

"Saya tidak rasa begitu. Ada ramai orang yang tidak menjelaskan bil mereka dan Azmin kata beliau akan bayar," katanya.

Sebelum ini, YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd dilaporkan memfailkan saman terhadap Mohamed Azmin di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menuntut RM328,901 untuk tiket penerbangan dan penginapan hotel yang belum dibayar bagi perjalanan antara September 2018 dan Ogos 2019.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Presiden PKR itu dilapor akan menjelaskan bayaran tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!