Skuad B22 uji kekuatan di Thailand
KETUA Jurulatih Bawah 22 (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee memilih Thailand sebagai medan pemanas badan sebelum menghadapi pusingan kelayakan Kejuaraan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020, Mac depan.
FAM dalam satu kenyataan memaklumkan skuad muda negara akan berlepas ke Bangkok, Thailand pada 13 Januari untuk menjalani sesi latihan pusat selain mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di sana, sebelum pulang ke tanah air pada 19 Januari ini.
Sehubungan itu, FAM memaklumkan Kim Swee menyenaraikan 25 pemain untuk melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 9 Januari ini.
Malaysia yang menjadi tuan rumah Kumpulan J, bakal memulakan aksi pusingan kelayakan menentang Filipina pada 22 Mac, Laos (24 Mac) sebelum berdepan China, selang dua hari kemudian.
Berdasarkan format kejohanan, hanya juara daripada setiap 11 kumpulan termasuk empat pasukan kedua terbaik layak ke pusingan akhir, dengan Thailand layak secara automatik selaku tuan rumah pusingan akhir kejohanan berkenaan.
Senarai 25 pelatih:
Daniel Amier Norhisham, Muhammad Zahril Azri, Muhammad Azri Ab Ghani, Azarul Nazarith (Felda United); Mohamad Hariz Kamarudin (Johor Darul Ta’zim II); Mohd Fazrul Danel Mohd Nizam (Kedah); Nik Akif Syahiran Nik Mat, Muhammad Danial Haqim Draman, Mohamad Sharul Nizam Ros Hasni, Muhammad Syaiful Alias, Afiq Saluddin, Muhd Juzaerul Jasmi (Kelantan)
Muhammad Danish Haziq Saipul Hisham (Negeri Sembilan); R. Kogileswaran, Mohd Faisal Abdul Halim (Pahang); Muhammad Nazirul Afif Ibrahim (Perak); Damien Lim Chien Khai, Ariff Ar Rasyid Ariffin, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew (PKNS FC); Ariusdius Jais, Evan Wensley Wenceslaus, Jordon Ollerenshaw (Sabah); Muhammad Amirul Haziq Rasmizal (Selangor); Muhammad Izzan Syahmi Mustapa (Terengganu); Khatul Anuar Md Jalil (Kuala Lumpur). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!