Lelaki pancing udang dikhuatiri lemas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

TELUK INTAN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing udang bersama empat rakannya dengan menaiki bot di Sungai Perak berhampiran Dataran Udang di sini hari ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 6.42 petang tadi.

Katanya, sejurus itu sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Teluk Intan dikejarkan ke lokasi untuk memberi bantuan.

"Bomba mendapati seorang mangsa dipercayai lemas di Sungai Perak ketika memancing udang bersama rakan-rakan.

"Operasi pencarian mangsa sedang dilakukan anggota bomba," katanya melalui WhatsApp hari ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!