Permudahkan pengundi bekerja di Singapura

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

PEKAN NANAS - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah memaklumkan kepada pihak imigresen supaya mempermudahkan pengundi yang bekerja di Singapura untuk pulang mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada 16 November ini.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebanyakan pengundi khususnya anak muda kini bekerja di luar khususnya di Singapura.

Menurutnya, satu kerugian sekiranya pengundi yang bekerja di Singapura tidak pulang untuk menunaikan kewajipan tersebut.

“Kalau tak balik, itu kerugian bagi kita kerana bilangannya ribuan. Kita tahu di mana mereka sama ada di Singapura atau Kuala Lumpur.

“Ini adalah hak mereka untuk mengundi. Kena balik juga ke kampung,” katanya ketika hadir pada Program Minum Petang Bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balai Polis Pekan Nanas hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, Pakatan Harapan (PH) perlu bekerja lebih keras selepas ini biarpun secara umumnya dilihat ada perubahan di beberapa kawasan pada kempen PRK kali ini.

“Secara umumnya ada kawasan yang bertambah baik. Kita dah turun semua kawasan. Ada respons bagus ada respons kurang baik. Itu biasalah, dalam satu malam tu macam-macam ceramah diadakan di lain-lain tempat.

“Itu bukan ukuran hakiki hanya dengan kehadiran. Apa pun saya lihat ada perubahan dan PH perlu bekerja lebih keras,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!