Lebih 4 jam baring tahan sakit terjatuh dari pokok dokong

Anggota APM berusaha membawa mangsa keluar dari kawasan kebun untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Anggota APM berusaha membawa mangsa keluar dari kawasan kebun untuk mendapatkan rawatan di hospital.
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang lelaki menanggung kesakitan lebih empat jam apabila terjatuh dari pokok dokong di kebunnya di sini kelmarin.

Mangsa, Mohd Zudden Zahari, 39, dari Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Sungai Peria ke kebun seorang diri dan kejadian itu tidak disedari penduduk kampung.

Katanya, pada jam 5.30 petang, dia masuk bersendirian ke kebun untuk memungut buah dukong yang sudah masak dengan memanjat pokok itu.

"Hampir jam 7 malam, saya terdengar azan maghrib dan bergegas turun dari pokok. Ketika itulah saya terjatuh dan cedera di bahagian belakang pinggang.

"Saya tidak mampu bangun dan hanya meraung sakit namun tiada siapa yang mendengar. Sehinggalah pada jam 10.30 malam ada penduduk kampung menemui saya terbaring," katanya.

Menurut penduduk kampung, Wan Mohd Ezakil Wan Ahmad, 36, dia hanya mengetahui kejadian itu apabila penduduk berdekatan terdengar suara orang meminta bantuan.

"Saya terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Kuala Krai, Kapten (PA) Mohd Hanif Omar berkata, operasi menyelamatkan mangsa dilakukan pada jam 12.01 tengah malam.

Artikel Berkaitan:

Katanya, selain APM, operasi turut dibantu PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kakitangan Hospital Kuala Krai (HKK) dan penduduk kampung.

"Kita menerima panggilan pada jam 11.40 malam dan tiba di lokasi 21 minit kemudian. Mangsa yang didapati sedar dan mengerang kesakitan itu terus dibawa ke HKK untuk rawatan lanjut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!