Ganja tersorok dalam hidung 18 tahun

No Image Caption
A
A
A

SYDNEY - Selepas 18 tahun seorang bekas banduan baru menyedari dia menyorokkan segumpal ganja ke dalam hidungnya selepas melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) otak kerana mengadu sakit kepala.

Lelaki berusia 48 tahun mendedahkan ketika dia bergelar banduan, teman wanita ada memberi sebungkus ganja dengan dibalut dalam belon getah kemudian menyumbat ganja itu ke dalam rongga hidung kanannya.

Akibat terlalu ke dalam, ganja itu tersekat di rongga hidung dan menyangkakan dia telah telan ganja itu.

Susulan itu, tahun demi tahun, lelaki itu sering mengadu sakit kepala dan doktor di Hospital Westmead Sydney telah melakukan CT scan di bahagian kepalanya.

Imbasan itu menunjukkan objek berwarna kelabu saiz 1.9cm x 1.1cm mengandungi tumbuhan di rongga hidung kanannya.

Sepanjang tempoh 18 tahun, lelaki ini sering mengalami hidung berdarah dan baru dia menyedari pernah menyembunyikan ganja di dalam hidungnya.

Selepas berjaya mengeluarkan ganja itu menggunakan kamera dan hos fleksibel, lelaki itu akhirnya sembuh dalam tempoh tiga bulan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!