Dua maut, 100 rumah di Australia terbakar

A
A
A

SDYNEY - Sekurang-kurangnya dua orang maut dan 100 buah rumah musnah dalam kebakaran belukar yang melanda timur Australia hari ini.

Perkhidmatan kecemasan dalam satu kenyataan berkata, satu mayat ditemui di dalam sebuah kereta dan seorang wanita meninggal dunia selepas beberapa jam ditemui.

Tujuh orang dilaporkan masih hilang ketika bomba berusaha memadamkan puluhan kebakaran.

Kebakaran itu juga menyebabkan lebih 30 cedera dan sebahagian besarnya adalah anggota bomba.

Hampir 100 kebakaran tercetus di luar bandar New South Wales dan Queensland dengan lima daripadanya di tahap sangat berbahaya.

Menurut Perdana Menteri, Scott Morrison kebakaran itu sangat membimbangkan dan menggesa penduduk mengikut arahan perkhidmatan kecemasan dan menjaga keselamatan mereka.

Seramai 1,200 anggota bomba dan 70 pesawat khas terbabit dalam proses pemadaman itu. -AFP

Artikel Berkaitan:

-

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!