Harvey Norman dibuka di Aeon Kota Bharu

Kenneth (dua dari kanan) melihat produk yang dijual di pusat jualan Harvey Norman Aeon Mall Kota Bharu semalam.
Kenneth (dua dari kanan) melihat produk yang dijual di pusat jualan Harvey Norman Aeon Mall Kota Bharu semalam.
A
A
A

KUALITI, ruang jualan selesa dan perkhidmatan pelanggan terbaik menanti pengunjung sempena pembukaan cawangan baharu pusat jualan Harvey Norman di Aeon Mall di sini.

Pusat jualan ke-20 di seluruh Malaysia itu membuktikan penghargaan syarikat tersebut kepada pelanggannya terutama di kawasan pantai timur.

Pengarah Urusan Harvey Norman Asia, Kenneth Aruldoss berkata, rakyat di tiga negeri di pantai timur itu mempunyai kuasa beli tinggi terutama mereka yang hidup dalam suasana moden dan mementingkan keselesaan.

“Pelanggan bukan sahaja mahu harga yang murah dan berpatutan tetapi mereka mahu ruang jualan yang besar supaya mereka selesa untuk melihat, merasa dan mencuba semua produk yang kami sediakan.

“Oleh sebab itu kita sediakan satu ruang jualan yang besar di Aeon bagi memenuhi keperluan semasa rakyat di tiga buah negeri tersebut,” katanya.

Pihak pengurusan Harvey Norman di pembukaan pusat jualan Harvey Norman Aeon Mall Kota Bharu semalam.
Pihak pengurusan Harvey Norman di pembukaan pusat jualan Harvey Norman Aeon Mall Kota Bharu semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini semalam selepas merasmikan pembukaan gudang jualan Harvey Norman di Aeon di sini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Harvey Norman, Katie Page dan Pengarah Urusan Harvey Norman Asia, Tetsuya Kimura.

Artikel Berkaitan:

Kenneth berkata, pihaknya juga akan membuka cawangan baharu di beberapa kawasan lain lagi selepas ini, antaranya di Johor, Ipoh dan Batu Kawan.

“Kita menjangkakan ia akan dibuka sepenuhnya sebelum perayaan Krismas tahun ini," katanya.

Sementara itu beliau berkata, pelanggan Harvey Norman Aeon Mall Kota Bharu juga berpeluang mendapatkan barangan dengan harga runtuh untuk beberapa barangan yang terpilih sepanjang lima hari pembukaan gudang jualan bermula semalam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!