Pemandu bas persiaran ditahan sehingga Isnin

Suspek masih ditahan sehingga Isnin ini untuk siasatan lanjut.
Suspek masih ditahan sehingga Isnin ini untuk siasatan lanjut.
A
A
A

GEORGETOWN - Pemandu bas persiaran yang direman dua hari bermula semalam masih ditahan sehingga Isnin ini untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya (DPP) untuk menentukan sama ada suspek akan dituduh atau sebaliknya.

Menurutnya, tindakan susulan akan dijalankan selepas mendapat arahan dari DPP pada Isnin ini.

"Suspek masih ditahan. Kertas siasatan akan dirujuk kepada DPP Isnin ini. Kita tunggu arahan DPP sama ada suspek akan dituduh atau dibebaskan dengan jaminan," katanya ketika dihubungi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang maut, tiga parah dirempuh bas persiaran

Pemandu bas persiaran positif syabu

'Tidur la sayang ummi, rehat la sepuas-puasnya'

Semalam, pemandu bas persiaran yang merempuh empat buah kenderaan di persimpangan Jalan Dato Ismail Hasyim, Bayan Lepas Khamis lalu direman selepas didapati positif dadah.

Artikel Berkaitan:

Suspek berusia 49 tahun itu direman dua hari selepas ujian saringan awal air kencing suspek mendapati positif dadah jenis syabu.

Dalam kejadian petang kelmarin, seorang penunggang motosikal maut manakala tiga lagi parah dirempuh bas persiaran di persimpangan Jalan Dato Ismail Hasyim, Bayan Lepas.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, bas persiaran yang datang dari arah Persiaran Kelicap menuju ke Bayan Lepas dikatakan hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan dan merempuh sebuah lagi kereta dipandu seorang wanita bersama dua anaknya.

Bas itu kemudiannya merempuh sebuah motosikal yang diparkir di tepi jalan dan merempuh penunggang motosikal yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Bas berkenaan terus bergerak dan merempuh tembok batu pagar perumahan di kawasan berhampiran.

Akibat kejadian itu penunggang motosikal, Muhammad Saifullah Muhammad Hafiez,16, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta bersama dua anaknya yang mengalami cedera dikejarkan ke hospital.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!