Tentera Nigeria bunuh enam anggota Boko Haram
ABUJA - NIGERIA. Sekurang-kurangnya enam anggota militan Boko Haram terbunuh dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di Borno pada Khamis.
Menurut kenyataan jurucakap tentera, Jeneral Usman Sani, pihaknya turut menyelamatkan tiga wanita yang menjadi tebusan kumpulan terbabit di Boskoro.
Katanya, kesemua mangsa telah diserahkan kepada pegawai di kem pelarian Dikwa.
Tambahnya lagi, dalam operasi terbabit, pihaknya berjaya merampas beberapa laras senjata berat, termasuk tiga bom tangan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!