Remaja maut kereta dipandu bertembung lori

Keadaan kedua-dua kenderaan selepas terlibat dalam nahas yang meragut nyawa pemandu kereta berkenaan.
Keadaan kedua-dua kenderaan selepas terlibat dalam nahas yang meragut nyawa pemandu kereta berkenaan.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Seorang remaja maut selepas kereta dipandunya bertembung sebuah lori membawa muatan batu bata di Kilometer 39 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Karai hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 2 petang itu, Mohd Firdaus Abd Rahman, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit.

Ketua Polis Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

"Lori membawa muatan batu bata yang berada di lorong berkenaan tidak sempat mengelak menyebabkan berlakunya pertembungan," katanya.

Menurutnya, pemandu kereta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sementara pemandu lori terselamat.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, pelanggaran menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terhumban ke bahu jalan dengan keadaan kereta terhimpit di bawah kepala lori.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!