Penguatkuasaan pusat tahfiz masih lemah
SHAH ALAM - Insiden pelajar di pusat tahfiz didera bukan perkara baharu, malah tahap penguatkuasaannya masih lemah dan tidak berubah sehingga kini.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Ruhani Mat Min berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan untuk memantau pusat agar kejadian seperti yang berlaku di sebuah pusat tahfiz di Temerloh, Pahang Khamis lalu tidak berulang.
“Kita kena ada penguatkuasaan yang lebih tegas dan sistematik. Jangan tunggu peristiwa yang berlaku baru kita hendak tersentak.
“Kita kena ada tindakan yang tepat. Maksudnya kalau ada tahfiz dibuka, pejabat agama di daerah terbabit sudah tahu. Kalau setahun sudah beroperasi tetapi tidak diketahui (oleh pejabat agama daerah), mesti ada sesuatu yang tidak kena,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: Cadang kenakan tindakan ibu bapa 'buang anak' di pusat tahfiz
Pelajar tahfiz maut: Tiga remaja direman
Kawan-kawan cemburu rupanya...
Dr Ruhani berkata, ibu bapa tidak sepatutnya dipersalahkan sepenuhnya sekiranya berlaku insiden membabitkan anak mereka di pusat tahfiz.
Menurutnya, sebagai ibu bapa, pastinya mereka mahukan yang terbaik untuk pendidikan dan masa depan anak-anak dengan beranggapan pusat tahfiz yang beroperasi itu memenuhi segala aspek yang ditetapkan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!