Bayi dibuang jadi makanan anjing liar

Mayat seorang bayi yang dibuang di sebuah kawasan terbiar di Kaohsiung, Taiwan menjadi habuan anjing liar. - Foto SETN/EBC
Mayat seorang bayi yang dibuang di sebuah kawasan terbiar di Kaohsiung, Taiwan menjadi habuan anjing liar. - Foto SETN/EBC
A
A
A

KAOHSIUNG - Seorang bayi baru lahir yang dibuang oleh ibunya di sebuah kawasan tanah terbiar dipercayai maut dimakan sekumpulan anjing liar.

Polis Taiwan menemui tulang kecil milik manusia tersembunyi di sebalik rimbunan lalang tinggi dan mereka mempercayai mangsa berkemungkinan digigit hingga mati lalu dimakan oleh haiwan berkenaan.

Media tempatan melaporkan, bayi lelaki yang disumbat ke dalam beg plastik itu ditinggalkan di sebuah tanah terbiar di Kaohsiung oleh ibunya yang hanya dikenali dengan nama Xiao Mei.

Remaja berusia 19 tahun itu dikatakan memiliki masalah kesihatan mental dan diletakkan di bawah pengawasan perkhidmatan sosial tempatan.

Menurut laporan agensi media SETN, ibu muda terbabit melahirkan anaknya pada 8 Oktober lalu.

Dia dan ayah bayi berkenaan, seorang pemuda berusia 28 tahun kemudian membuang bayi mereka di sebuah lokasi terbiar.

Pasangan muda yang tinggal menyewa di sebuah apartmen di daerah Siaogang itu dilaporkan berdepan masalah kewangan dan terpaksa melarikan ke kawasan tengah Taiwan di mana mereka bersembunyi di sebuah kafe internet selama hampir sebulan.

Pekerja sosial menghubungi pihak polis selepas gagal mengesan Mei dan pasangan tersebut berjaya dijejak awal minggu ini. Apabila ditanya tentang kandungannya, Mei berkata, dia membuang bayinya sejurus selepas melahirkan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!