'Bersangka baik ibu bapa hantar anak ke pusat tahfiz'

Mohamad Shukri
Mohamad Shukri
A
A
A

SHAH ALAM - Masyarakat perlu bersangka baik dengan tindakan sesetengah ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat tahfiz.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tanggapan ibu bapa yang menghantar anak-anak di pusat tahfiz sebagai eskapisme adalah tidak sepatutnya.

“Mungkin ibu bapa yang menghantar anak itu memang mahu anaknya mendapat pendidikan yang terbaik daripada segi kerohanian dan berjaya mendalami ilmu al-Quran.

“Saya juga melihat kesedaran ke arah mendidik anak-anak untuk mendapatkan pendidikan agama dalam kalangan masyarakat tinggi termasuk hantar anak-anak ke pusat tahfiz dari kecil lagi semata-mata untuk anaknya menghafaz al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang menegaskan bahawa ada ibu bapa salah faham dengan konsep pusat tahfiz, seolah-olah menjadikan pusat itu sebagai pusat pembuangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mujahid cadang kenakan tindakan ke atas ibu bapa 'buang anak' di pusat tahfiz

Sementara itu, Mohamad Shukri berkata, beliau tidak nampak pusat tahfiz sebagai tempat 'pembuangan' sebaliknya niat baik ibu bapa perlu dihargai.

“Jika kita melihat pusat tahfiz sebagai tempat 'pembuangan’ bermaksud melihatnya secara negatif dan dengan apa yang berlaku kita tidak seharusnya membuat tanggapan secara menyeluruh,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau bagaimanapun menasihatkan ibu bapa supaya berhati-hati memilih pusat tahfiz yang benar-benar ada kawalan, berdisiplin dan berkualiti.

Kawan-kawan cemburu rupanya...

Murid tahfiz mati dipercayai dipukul

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!