Pak Sadi si tukang baiki payung

Pak Sadi menjadi tukang baiki payung sejak 37 tahun lalu.
Pak Sadi menjadi tukang baiki payung sejak 37 tahun lalu.
A
A
A

JAKARTA - Sejak 37 tahun lalu, Pak Sadi, 60, akan mengelilingi kampung untuk menawarkan perkhidmatan membaiki payung.

Biasanya dia bergerak di sekitar Lenteng Agung, Srengseng Sawah, Depok, Citayam hingga ke Bogor sambil membawa payung lama dan kotak perkakasan.

Menurutnya, pekerjaan yang dilakukan sejak tahun 1982 itu semakin sukar ditemui hari ini lebih-lebih lagi di bandar.

Malah, khidmatnya sangat diperlukan apabila tiba musim hujan. Namun, apabila musim panas dia akan mencari pekerjaan lain sebagai sumber pendapatannya.

"Kalau bukan musim hujan biasanya saya di kampung, di sawah. Kadang-kadang ikut kawan-kawan mengutip barang-barang terpakai," katanya.

Pak Sadi membaiki payung salah seorang pelanggannya.
Pak Sadi membaiki payung salah seorang pelanggannya.

Dalam sehari, dia mampu meraih kira-kira 50 rupiah hingga 100,000 rupiah (15 sen sehingga RM29.48).

Sadi berkata, upah membaiki payung besar seperti payung jualan adalah lebih tinggi berbanding membaiki payung kecil.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, dia jarang membaiki payung berukuran besar kerana payung seperti itu tidak selalu rosak.

Difahamkan, Sadi tinggal di sebuah warung menjual nasi milik rakannya di Jakarta. Manakala isterinya tinggal di kampung di Cirebon.

"Jika ada rezeki lebih saya akan pulang ke kampung. Kadang-kadang sebulan atau dua bulan sekali," katanya memberitahu duit hasil tukang baiki payung akan diserahkan kepada isteri.

Katanya lagi, dia ingin menjadi penternak dan membela haiwan seperti ayam atau itik sekiranya sudah mempunyai wang yang cukup satu hari nanti. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!