Amaran angin kencang laut bergelora di perairan Sabah

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan berhampiran perairan Sabah ekoran ribut tropika Nakri yang dijangka membadai Vietnam.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan percerapan pada jam 5 pagi ini, lekukan ribut tropika itu dikesan terbentuk pada latitud 12.5 utara dan longitud 112.0 timur, kira-kira 618 kilometer (km) ke timur laut bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam.

“Jarak dari bandar terdekat adalah kira-kira 819km ke barat laut Kudat dan keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, ribut itu dijangka bergerak ke arah barat dengan kelajuan 15km/j dan dengan kelajuan angin maksimum 108km/j. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!