'Mental lawan boleh koyak'

Atmosfera Anfield sering menghadirkan tekanan tinggi kepada pasukan lawan.
Atmosfera Anfield sering menghadirkan tekanan tinggi kepada pasukan lawan.
A
A
A

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengakui bahawa penyandang juara itu akan berdepan tekanan tinggi khasnya atmosfera Anfield apabila berkunjung menentang pendahulu liga Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Isnin.

Menurut pengendali berusia 48 tahun itu, beliau cukup terkesan dengan atmosfera penyokong Liverpool di Anfield setiap kali berkunjung ke laman keramat The Reds berkenaan sepanjang mengendalikan The Citizens.

“Bukan kami sahaja tapi pasukan lain juga saya percaya terkesan dengan aura dalam kalangan penyokong Liverpool di Anfield setiap kali menerima kunjungan pasukan lawan yang saya akui cukup menakjubkan dan boleh mengoyakkan mental pemain-pemain lawan.

“Saya percaya sokongan padu penyokong The Reds antara faktor utama Liverpool masih kekal berada pada tahap berprestasi tinggi di sokongan barisan pemain berkualiti di bawah kendalian Jurgen Klopp,” katanya.

Bagaimanapun bekas pengendali Bayern Munich itu tetap positif bahawa skuad kendaliannya berkenaan akan tampil memberikan aksi terbaik bagi memberi tekanan sekali gus menyaingi The Reds dalam perebutan takhta liga.

“Musim lalu kami menentang pesaing sama bagi kejuaraan liga iaitu Liverpool, namun pada penghujung musim sekali lagi kami masih berjaya membuktikan kami kekal terbaik.

“Secara jujur saya menyukai atmosfera Anfield kerana semuanya indah apabila beraksi di sini.

“Tapi saya beri jaminan bahawa kehadiran kami ke sini adalah untuk menentang lawan yang hebat dan kami akan pertaruhkan segalanya bagi mendapatkan keputusan positif dari Anfield,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!