Pochettino yakin Tottenham akhiri saingan empat terbaik
Tottenham Hotspur masih berupaya memberi saingan seterusnya mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini pada kedudukan empat terbaik biarpun kini berada pada pertengahan liga.
Pengendali The Spurs, Mauricio Pochettino berkata, beliau yakin Tottenham akan bangkit dalam beberapa perlawanan selepas ini berdasarkan komitmen dipamerkan dalam kalangan pemain-pemainnya.
“Secara jujur saya kecewa dengan prestasi dipamerkan pemain-pemain Tottenham dalam beberapa perlawanan sebelum ini lebih spesifik merujuk kepada keputusan perlawanan.
“Biarpun begitu pemain-pemain tetap berusaha memperbaiki beberapa kelemahan yang ketara setiap kali sesuatu perlawanan keputusan tidak berpihak kepada kami,” kata pengendali berusia 47 tahun dari Argentina berkenaan.
Tambah Pochettino, beliau yakin dengan saingan liga domestik dan Eropah yang masih panjang sebarang kemungkinan boleh sahaja mengubah posisi kelab London berkenaan dalam beberapa perlawanan seterusnya.
“Peluang untuk Tottenham mengakhiri saingan pada kelompok empat terbaik pada musim ini belum padam, tapi kami tidak boleh menghasilkan keputusan dengan segera kerana ianya satu proses yang berlaku secara berterusan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!