Wanita jumpa cebisan kuku dalam minuman boba

Paparan gambar tular di laman sosial.
Paparan gambar tular di laman sosial.
A
A
A

SINGAPURA - Jijik dan meloyakan, begitu gambaran seorang wanita apabila tergigit cebisan kuku di dalam air minuman popular ketika ini.

Wanita itu membeli satu gelas teh hijau susu (green milk tea) dengan tambahan boba di sebuah pusat beli belah di Seranggoon, 5 November lalu.

Selepas membelinya, dia pulang semula ke pejabatnya di kawasan Lorong Chuan dan ketika sedang meminum dan mengunyah boba, dia menggigit sesuatu yang keras.

"Saya telah minum dan mengunyah beberapa biji boba kemudian saya tergigit benda keras.

"Naluri pertama adalah mengambil dan melihat apa yang saya gigit. Bila diamati seakan cebisan kuku saiz kecil berwarna kuning. Sangat menggelikan," katanya.

Memetik World off Buzz, susulan itu, dia menghubungi syarikat minuman terbabit untuk membuat aduan berhubung penemuan tersebut.

Katanya, pihak berkenaan telah meminta maaf dan menyesali apa yang berlaku serta sudi menggantikan minuman baharu.

Meskipun pihak tersebut telah menggantikan semula air itu, namun wanita berkenaan mengalami trauma.

Artikel Berkaitan:

Dia mengatakan bahwa kini, dia menjadi ragu-ragu untuk membeli minuman tersebut, bimbang kejadian seumpamanya berulang kembali.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!