15 jam terkandas akibat tanah runtuh

Keadaan runtuhan tanah dan pokok tumbang di laluan Bukit Larut.
Keadaan runtuhan tanah dan pokok tumbang di laluan Bukit Larut.
A
A
A

TAIPING - Dua kakitangan sebuah syarikat telekomunikasi dan dua pengawal keselamatan terkandas hampir 15 jam selepas berlakunya runtuhan tanah dan pokok tumbang di Bukit Larut berhampiran sebuah stesen telekomunikasi, semalam.

Kesemua mangsa berusia antara 20 hingga 30 tahun dilaporkan tidak dapat keluar dari kawasan stesen berkenaan selepas laluan terhalang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, maklumat awal diterima sekitar jam 9 malam tadi memaklumkan terdapat empat lelaki terperangkap pada ketinggian 1,000 kaki di bukit berkenaan.

Anggota bomba membuat laluan mendaki di hutan bukit itu iaitu kira-kira 100 meter dari kawasan runtuhan untuk menyelamatkan mangsa.
Anggota bomba membuat laluan mendaki di hutan bukit itu iaitu kira-kira 100 meter dari kawasan runtuhan untuk menyelamatkan mangsa.

Bagaimanapun menurutnya, kerja-kerja menyelamat terpaksa dilakukan pada sebelah pagi kerana dikhuatiri risiko lebih besar berlaku.

"Operasi yang dijalankan pagi tadi mendapati, laluan berkenaan tidak boleh dilalui kenderaan sepanjang lebih 8 kilometer dari kaki bukit.

"Anggota kemudiannya membuat laluan mendaki di hutan bukit itu iaitu kira-kira 100 meter dari kawasan runtuhan untuk membawa keluar semua mangsa terperangkap," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kerja-kerja pengalihan dilakukan di lokasi runtuhan.
Kerja-kerja pengalihan dilakukan di lokasi runtuhan.

Menurutnya, keempat-empat mangsa berjaya dibawa turun sekitar jam 12.30 tengah hari tadi melalui laluan mendaki terbabit.

"Kesemua mereka dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan," katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan turun untuk bertukar syif kerja, namun terkandas apabila laluan terhalang.

"Buat masa ini kerja-kerja mengalihkan tanah runtuh sedang dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT)," katanya.

Keadaan runtuhan tanah dan pokok tumbang di laluan Bukit Larut.
Keadaan runtuhan tanah dan pokok tumbang di laluan Bukit Larut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!