Masalah gear, MH360 terpaksa berpatah balik

Penerbangan Malaysia Airlines MH360 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing semalam terpaksa berpatah balik ekoran masalah gear pendaratan.
Penerbangan Malaysia Airlines MH360 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing semalam terpaksa berpatah balik ekoran masalah gear pendaratan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Penerbangan Malaysia Airlines MH360 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing semalam terpaksa berpatah balik ekoran masalah gear pendaratan.

Dalam kenyataan hari ini, Malaysia Airlines berkata, demi keselamatan penumpang, kapten pesawat membuat keputusan untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Pesawat itu mendarat dengan selamat pada jam 9.03 malam tadi.

"Penerbangan MH360 kemudian ditukar dengan pesawat lain dan berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.30 tengah malam dan tiba di Beijing pada jam 6.35 pagi ini," katanya.

Malaysia Airlines berkata, makanan ringan disediakan untuk semua penumpang dan syarikat penerbangan juga mengatur semua penerbangan sambungan seterusnya.

"Keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines dan pihak kami menyesali kesulitan yang dihadapi penumpang," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!