Peluk isteri jika kuat membebel

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MERAK Jalanan simpati dengan golongan lelaki yang mengalami tekanan perasaan kerana kerap dileteri isteri.

Pesanan Merak Jalanan, bersabarlah dan jangan dilayan sangat perasaan dengan kata-kata orang perempuan.

Kalau hendak tahu, itulah cara mereka melepaskan tekanan perasaan dengan membebel semahunya.

Berdasarkan satu kajian yang dibuat sekumpulan penganalisis di Universiti of Essex di England, anak yang menjadi mangsa bebelan ibunya jauh lebih berjaya berbanding orang lain.

Ini kerana, kajian yang dilakukan sejak tahun 2004 hingga 2010 itu mengikuti kehidupan 15,500 gadis remaja berumur 13 dan 14 tahun.

Mereka mendapati ibu yang suka mendesak selalunya meletakkan tahap tinggi kepada anak mereka dan lebih ramai anak tersebut berjaya melanjutkan pengajian ke kolej dan memiliki gaji besar.

Bagaimanapun, itu kesan positif leteran kepada anak-anak tetapi bagi suami pula macam mana ?

Bagi sesetengah lelaki mereka cenderung menghabiskan masa bersama kawan kawan di luar atau mencari aktiviti yang boleh menggembirakan hati.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan hendak bagi tip kepada golongan lelaki yang alami masalah isteri kuat membebel.

Apa kata jika isteri mula membebel, anda peluk sahaja isteri anda. Banyak kajian yang dilakukan pakar sebelum ini menunjukkan manfaat memeluk menjangkau perasaan hangat yang anda dapati ketika mendakap pasangan.

Pakar berpendapat sokongan yang diberikan kepada pasangan melalui sentuhan bukan saja boleh mengurangkan tekanan orang yang melaluinya bahkan orang yang memeluk juga mendapat manfaat sama.

Kajian juga mendapati setiap bahagian otak wanita yang dikaitkan dengan tekanan menunjukkan pengurangan aktiviti sementara bahagian yang berkaitan dengan ganjaran tingkah laku menunjukkan lebih banyak aktiviti.

Apabila kita memeluk seseorang untuk menyenangkan mereka, bahagian otak kita boleh menunjukkan tindak balas yang sama.

Dalam kajian di Amerika Syarikat (AS) terhadap lebih 400 orang dewasa, penyelidik mendapati memeluk dapat mengurangkan peluang seseorang untuk jatuh sakit.

Selain itu, terdapat satu bahan kimia di dalam badan kita yang dikenali sebagai Oksitosin turut dikenali sebagai ‘hormon pelukan’ oleh saintis kerana parasnya meningkat apabila kita memeluk, menyentuh atau duduk dekat dengan orang lain.

Oksitosin dikaitkan dengan kebahagiaan dan kurang tekanan.

Penyelidik juga mendapati bahawa hormon ini mempunyai kesan yang kuat pada wanita. Oksitosin menyebabkan pengurangan tekanan darah dan hormon stres norepinephrine.

Kajian mendapati bahawa manfaat positif oksitosin adalah paling kuat pada wanita yang mempunyai hubungan lebih baik dan pelukan lebih kerap dengan pasangan romantik mereka.

Wanita juga melihat kesan positif oksitosin apabila mendukung bayi mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!