Pelajar bakar diri salahkan Presiden Macron
LYON - Seorang pelajar universiti di Perancis berada dalam keadaan kritikal selepas membakar diri berikutan tekanan kewangan.
Mangsa berusia 22 tahun itu memuat naik mengenai masalah kewangannya di Facebook beberapa jam sebelum membakar diri di hadapan sebuah restoran universiti di Lyon.
Pelajar Universiti Lyon 2 terbabit menyalahkan Presiden Emmanuel Macron, dua presiden Perancis terdahulu, pemimpin haluan kanan, Marine Le Pen dan juga Kesatuan Eropah kerana 'membunuhnya'.
"Saya menuduh Macron, François Hollande, Nicolas Sarkozy dan Kesatuan Eropah kerana 'membunuh' saya, mencetuskan ketidaktentuan tentang masa depan semua. Saya juga menuduh Le Pen serta media kerana mewujudkan ketakutan," tulisnya di Facebook.
Mangsa mengakui tidak lagi sanggup menghadapi bebanan kewangan apabila terpaksa menanggung kos sara hidup dengan hanya €450 (RM2,049) sebulan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!