Tiga wanita termasuk dua beradik lemas

Mayat mangsa lemas di Pantai Batu Layar Desaru diusung bomba dan polis petang tadi.
Mayat mangsa lemas di Pantai Batu Layar Desaru diusung bomba dan polis petang tadi.
A
A
A

KOTA TINGGI- Tiga wanita termasuk dua dipercayai adik- beradik lemas di Pantai Batu Layar Desaru Kota Tinggi di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Mohd Fadli Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.35 petang sebelum sepasukan lapan anggota membabitkan satu jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati tiga wanita dipercayai lemas ketika mandi di kawasan pantai dan telah ditemui orang ramai di kawasan berhampiran.

“Mangsa dikenali sebagai Asiah Abdul Rahman, 41, Ummu Sulaiin Mohd Rohim, 25, dan Siti Hajjar Adila Mohd Rohim, 23.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian dan pihaknya masih menjalankan siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!