1,700 peserta meriahkan Kayuhan Menjunjung Kasih

Tengku Amir Shah (enam dari kiri) berkenan untuk turut serta berkayuh di dalam program Kayuhan Menjunjung Kasih di Bandar Bukit Raja, Klang semalam.
Tengku Amir Shah (enam dari kiri) berkenan untuk turut serta berkayuh di dalam program Kayuhan Menjunjung Kasih di Bandar Bukit Raja, Klang semalam.
A
A
A

KLANG - Edisi kedua Kayuhan Menjunjung Kasih mendapat sambutan amat menggalakkan apabila seramai 1,700 peserta menyertai program yang berlangsung di sekitar Bukit Raja, Klang semalam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, kayuhan yang dianjurkan oleh pihaknya serta mendapat sokongan penaja utama, Sime Darby Property itu adalah sempena meraikan keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Program Kayuhan Menjunjung Kasih ini adalah program tahunan dan kali ini memasuki edisi kedua.

"Peserta yang berdaftar pada awalnya seramai 1,500 tetapi hari ini kami mendapat tambahan kira-kira 200 penyertaan lagi.

"Program ini akan diteruskan pada tahun-tahun seterusnya bergantung kepada jumlah tajaan.

"Kami berharap dengan adanya program ini ia dapat menunjukkan taat setia kepada Sultan Selangor," katanya.

Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah berkenan untuk turut serta berkayuh di dalam program itu.

Kayuhan itu membabitkan dua kategori iaitu VVIP sejauh 9 kilometer (km) serta Terbuka sejauh 40km.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah Urusan Sime Darby Property, Mohd Idris Abdullah berkata, pihaknya sememangnya memberi sokongan padu kepada program tanggungjawab sosial dan korporat (CSR) seperti Kayuhan Menjunjung Kasih.

"Kami amat menggalakkan gaya hidup sihat serta program turun padang bersama komuniti. Kami akan meneruskan program seperti ini kerana ia adalah sebahagian daripada CSR kami," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!