Terminal Feri Antarabangsa Kukup tingkat produktiviti penduduk

Mohamed Azmin bertemu kakitangan Terminal Feri Antarabangsa Kukup hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Mohamed Azmin bertemu kakitangan Terminal Feri Antarabangsa Kukup hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUKUP – Pembukaan semula Terminal Feri Antarabangsa Kukup bakal meningkatkan produktiviti penduduk setempat.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kemudahan itu memberi peluang kepada nelayan dan peniaga menjana ekonomi.

“Saya keputusan kerajaan ini dapat memberi kemudahan kepada nelayan dan peniaga.

"Kita juga akan melihat keperluan untuk membantu mereka pada masa akan datang,” katanya pada sidang akhbar sempena perjumpaan santai bersama komuniti nelayan di Kampung Kukup Laut di sini hari ini.

Mohamed Azmin bersama Salahuddin, Saifuddin dan Dr Sahruddin menyantuni penduduk Kampung Kukup. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Mohamed Azmin bersama Salahuddin, Saifuddin dan Dr Sahruddin menyantuni penduduk Kampung Kukup. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Hadir sama, Menteri Pertanian yang juga Ahli Parlimen Pulai, Datuk Salahuddin Ayub; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Sementara itu Azmin berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan meneliti insiden ikan peliharaan sangkar yang melibatkan kerugian besar.

Artikel Berkaitan:

“Memang tanggungjawab kami antara kementerian dan negeri untuk terus membantu nelayan bagi memastikan mereka dapat menjalankan operasi perikanan di laut dengan baik dan meningkatkan produktiviti tanpa kekangan,” katanya.

Mohamed Azmin beramah mesra dengan pengunjung Terminal Feri Antarabangsa Kukup hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Mohamed Azmin beramah mesra dengan pengunjung Terminal Feri Antarabangsa Kukup hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!