Bakar pondok parkir ada unsur jenayah?
MELAKA TENGAH c
Naib ketuanya, Dr. Akmal Saleh berkata, tindakan itu tidak melambangkan kehidupan rakyat yang memahami erti prinsip Rukun Negara dan manusia bertamadun, sehinggakan melangkaui batas undang-undang.
Bagaimanapun menurutnya, apa yang berlaku didakwa berpunca dari kelemahan kerajaan negeri PH yang gagal mengutamakan keperluan serta kehendak rakyat negeri ini.
Katanya, tindakan MBMB mengenakan caj parkir yang diseliakan pihak swasta sejak 1 Januari lalu, ternyata menambah beban rakyat yang pada masa ini terhimpit dengan kos sara hidup tinggi, dan pasti membangkitkan kemarahan rakyat.
"Perlaksanaan caj parkir ini ternyata bercanggah dengan manifesto PH yang menjanjikan mutu hidup rakyat yang lebih baik tetapi apa yang berlaku sebaliknya.
"Kami Pergerakan Pemuda Umno Melaka berharap agar sebarang keputusan kerajaan negeri dilakukan kajian terperinci terutama yang akan menambah beban rakyat perlu ditangguh atau dikaji sebaik-baiknya" katanya.
Akmal yang juga Pemuda Umno Bahagian Jasin turut menasihatkan dan mengingatkan rakyat negeri ini terutama ahli-ahli Pemuda Umno supaya tidak melibatkan diri ataupun mengambil tindakan sendiri dalam berdepan dengan sesuatu isu seumpama ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!