Ronaldo tak marahkan saya: Sarri

Ronaldo - Foto Fox Sports
Ronaldo - Foto Fox Sports
A
A
A

PENGENDALI Juventus, Maurizio Sarri menjelaskan perkara sebenar di sebalik reaksi kecewa bintang pasukan itu, Cristiano Ronaldo ketika digantikan dengan Paulo Dybala dalam perlawanan Serie A menentang AC Milan, awal pagi tadi.

Menurut Sarri, Ronaldo tidak memarahinya susulan tindakan mengeluarkannya pada minit ke-55 itu, sebaliknya pemain kelahiran Portugal itu kecewa ekoran masalah kecederaan lutut yang mengganggu persembahannya dalam perlawanan itu.

"Anda harus berterima kasih kepada Ronaldo kerana dia berkorban untuk beraksi walaupun dalam situasi sukar. Dia melakukan segala-galanya untuk beraksi tetapi saya melihat dia tidak sihat. Jalan terbaik adalah membawanya keluar.

"Itu sifat semula jadi pemain apabila diminta meninggalkan padang, terutama apabila dia bekerja keras. Sepanjang bulan lalu, dia mengalami masalah dengan lutut yang dialami sewaktu latihan dan ia memberi kesakitan.

"Apabila dia berlatih serta beraksi dalam perlawanan yang mempunyai tekanan tinggi, ia membuatkannya tidak seimbang. Jadi, ia menyebabkan dia menggunakan lutut lebih daripada sepatutnya sehingga mencederakan otot betis dan paha," katanya.

Dalam perlawanan di Allianz Arena itu, The Old Lady berjaya menewaskan Milan 1-0 hasil jaringan Dybala pada minit ke-77.

Pada aksi Liga Juara-juara baru-baru ini juga Ronaldo turut meluahkan rasa kecewanya apabila Sarri mengeluarkannya ketika aksi menentang Lokomotiv Moscow.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!