Tiga saudara lemas: Polis masih siasat punca kejadian

Mayat mangsa lemas di Pantai Batu Layar Desaru diusung bomba dan polis petang semalam.
Mayat mangsa lemas di Pantai Batu Layar Desaru diusung bomba dan polis petang semalam.
A
A
A

KOTA TINGGI - Polis masih menjalankan siasatan bagi mencari punca kejadian lemas yang mengakibatkan tiga wanita maut di Pantai Batu Layar di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, buat masa ini polis juga memerlukan lebih maklumat jika ada saksi kejadian berkenaan.

“Siasatan masih dibuat, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Kita juga sudah selesai proses bedah siasat pada jam 11 malam tadi.

“Kesemua mayat mangsa yang terbabit dalam kejadian ini juga sudah dituntut keluarga,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan tiga wanita termasuk dua dipercayai adik-beradik lemas di pantai berkenaan kira-kira jam 5 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Mohd Fadli Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.35 petang sebelum sepasukan lapan anggota membabitkan satu jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Asiah Abdul Rahman, 41, dari Felda Chiku, Gua Musang; Ummu Sulaiin Mohd Rohim, 25, dari Kampung Kedai Telosan, Pasir Puteh dan Siti Hajjar Adila Mohd Rohim, 23, beralamat terakhir di rumah kakitangan Felda Chiku.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Tiga-wanita-termasuk-dua-beradik-lemas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!