Ustaz Azhar Idrus dibenar keluar wad

Ustaz Azhar Idrus - Foto fail
Ustaz Azhar Idrus - Foto fail
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Penceramah bebas popular, Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI dibenarkan pulang dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hari ini.

Ustaz yang dikenali kerana ceramah santai disulami jenaka itu mendaftar keluar kira-kira jam 12 tengah hari selepas seminggu dirawat di HSNZ selepas cedera kerana terjatuh dari basikal pada 5 November lalu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohd Jusoh berkata, penceramah itu dibenarkan pulang berikutan keadaannya bertambah baik selepas menjalani pembedahan menyambung tulang lengan pada bahagian atas sikunya minggu lepas.

“Selepas ini dia akan datang ke hospital untuk pemeriksaan susulan keadaan tulang lengannya yang patah mengikut temu janji ditetapkan,” katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Azhar Idrus cedera terjatuh ketika berbasikal

Ustaz Azhar Idrus jalani pembedahan sambung tulang lengan

Sinar Harian difahamkan Ustaz Azhar Idrus akan berehat sebulan bagi memastikan kesihatannya benar-benar pulih sebelum menyambung kembali rutin memberi ceramah agama di masjid dan surau.

Beliau akan menjalankan rawatan susulan di Klinik Orthopedik pada 18 November ini.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Ustaz Azhar Idrus dilaporkan patah tangan kiri dan hidung selepas terjatuh basikal sebaik selesai menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah di sekitar bandar Kuala Terengganu.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 6.30 petang setelah basikal yang ditunggang beliau tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan penceramah itu terpelanting.

Ekoran insiden itu penceramah bebas berkenaan dikejarkan ke HSNZ bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!