Tun M ajak masyarakat Tanjung Piai datang ceramah mega PH

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

PONTIAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa pengundi dalam kawasan Parlimen Tanjung Piai untuk hadir satu ceramah mega di sini bersempena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu Rabu ini.

Dalam satu video ringkas, beliau menggunakan strategi tersebut supaya pengundi menghadiri ceramah mega PH yang dijadual diadakan di tapak Terminal Bas Kukup Laut, yang bertujuan mendekati masyarakat setempat.

“Saya ingin jemput semua pengundi Tanjung Piai untuk hadir ceramah mega Pakatan Harapan Rabu ini pada 13 November jam 8 malam. Jemput hadir beramai-ramai,” kata perdana menteri dalam satu video berdurasi 22 saat yang diterima pengamal media yang berkampung di sekitar Tanjung Piai hari ini.

Di akhir video tersebut, tertera poster beliau dan maklumat berkaitan ceramah tersebut dan dijangkakan kepimpinan tertinggi PH akan hadir bersama calon mereka, Karmaine Sardini.

PRK itu menyaksikan pertembungan enam penjuru melibatkan calon PH, Karmaine Sardini, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mewakili Barisan Nasional, Wendy Subramaniam (Parti Gerakan Rakyat Malaysia), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz ( Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia) serta dua calon Bebas iaitu Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, akibat komplikasi jantung pada 21 September lepas. Pengundian akan diadakan Sabtu ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!