Bayi mati dengan 89 kesan dera di badan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEPANG - Polis menahan suami isteri dan seorang wanita bagi membantu siasatan kematian bayi lelaki berusia 23 bulan dipercayai didera 4 November lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suami isteri itu yang juga bapa dan ibu bayi berkenaan yang berusia 42 serta 37 tahun ditahan di pekarangan Hospital Serdang pada 5 November lalu.

"Wanita berusia 33 tahun yang juga kenalan ibu mangsa pula ditahan pada 8 November di Putrajaya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang hari ini.

Abdul Aziz berkata, suami isteri itu berasal dari Sungai Merab, Sepang dan ketiga-tiga suspek bekerja sebagai penjawat awam.

“Kita menerima laporan kejadian itu yang dibuat oleh doktor di Hospital Serdang pada 4 November yang mana Jabatan Kecemasan hospital itu menerima pesakit bayi terbabit yang dibawa ibu bapanya dalam keadaan tiada tanda-tanda hidup.

“Pengadu (doktor) pada masa itu cuba memberikan bantuan kepada bayi, namun tiada tindak balas dan pada jam 7.20 pagi, mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, terdapat kesan luka pada bahagian dagu dan atas kening sebelah kanan mangsa, bengkak dan luka pada kemaluan serta ada kesan lebam pada bahagian badan dan kesan parut pada kedua tangan dan kaki.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di pinggul dan hati akibat hentakan objek tumpul dan keras.

Artikel Berkaitan:

“Terdapat 89 kesan lebam, lecur, calar baru dan lama di seluruh anggota badan mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa adalah anak bongsu daripada empat beradik dan pihaknya turut mengambil keterangan daripada adik-beradik mangsa.

"c," katanya.

Suami isteri berkenaan direman sehingga 18 November manakala kenalan wanita itu pula direman sehingga 15 November.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!