'PRK Tanjung Piai bukan pertandingan ceramah tapi raih sokongan'

Anwar
Anwar
A
A
A

PONTIAN - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bukan satu pertandingan ceramah sebaliknya pertandingan meraih sokongan rakyat.

Beliau berkata, jumlah kehadiran pengundi ke ceramah Pakatan Harapan (PH) dikatakan sedikit berbanding ceramah parti pembangkang adalah perkara biasa kerana pakatan itu sudah menjadi kerajaan.

"Itu biasa...sebab ada orang hendak dengar Anwar (berceramah) sebagai ketua pembangkang dan Anwar sebagai penggerak dalam PH sekarang... (Keadaan) tak sama lah.

"Tetapi isu pokok tetap tidak berubah... Soalnya (mungkin pengundi pada) peringkat awal hendak dengar 'the other side' (pihak sebelah sana)... Sekarang saya ucap terima kasih kehadiran bertambah.

"Ini bukan pertandingan ceramah, yang penting isinya dapat raih sokongan... Saya percaya ceramah selepas ini kehadiran lebih ramai," katanya kepada media pada sesi santai mesra bersama jentera PH di Kampung Rimba Terjun di sini hari ini.

Sementara itu Anwar turut menolak andaian PH tidak memberi tumpuan kepada satu peratus atau mewakili sejumlah 560 pengundi India di Parlimen Tanjung Piai.

Menurutnya, hasil taklimat diberikan pihaknya dimaklumkan beberapa pemimpin India turut berkampung membantu mendekati pengundi India.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!