MRI mulut ketika bercakap tarik perhatian netizen

Tangkapan layar video yang memaparkan keadaan mulut ketika melakukan imbasan MRI.
Tangkapan layar video yang memaparkan keadaan mulut ketika melakukan imbasan MRI.
A
A
A

SHAH ALAM - Bila kita melontarkan perkataan untuk berkomunikasi dengan seseorang nampak seperti mudah sahaja untuk bercakap kerana kita tidak perlu memikirkan bagaimana untuk mengawal lidah dan bibir.

Namun sebenarnya, ia tidak semudah yang kita fikirkan sepertimana Laman Physics & Astronomy Zone baru-baru ini berkongsi video imbasan magnetik resonan (MRI) menunjukkan pergerakan bahagian dalam mulut ketika kita bercakap.

Video yang berdurasi 56 saat itu memaparkan bagaimana reaksi dan pergerakan mulut manusia ketika sedang melontarkan perkataan yang membuatkan netizen kagum dengan reaksi tersebut.

Perkongsian video itu juga tular di media sosial yang kini meraih lebih daripada 1 juta tontonan dan lebih 27,000 ulang kicau.

Muffin Man menulis: “Anda patut lihat imej ketika menelan. Sangat kompleks dan itulah sebabnya ramai pesakit strok hilang kemampuan itu.”

"Saya sangat teruja dengan video yang dikongsi ini. Baru kini saya memahami betapa kompleksnya mulut kita ini bila bercakap dan semudah bagaimana kita sedang bercakap," kata Dan44 di Twitter.

Sementara itu, ada juga warganet yang meluahkan rasa tidak senang duduk menonton video berkenaan dan tidak kurang juga ada yang memberi imaginasi tersendiri.

Bucky76 berkata: "Bila tengok video ini, teringin pula nak tengok Eminem rap lagu menggunakan MRI, agaknya bagaimana rupanya bila dia tengah rap."

Artikel Berkaitan:

"Aku kagum tapi dalam masa yang sama pun ada juga geli sebab seperti melihat tikus sedang bergerak dan cuba untuk melepaskan diri," tulis JonnyT77 di ruangan komen Twitter.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!