Ziarah kubur ayah selepas diijab kabul

Gambar pasangan pengantin berada di pusara bapa menimbulkan rasa sebak netizen. - Foto Fitrin Ruslee
Gambar pasangan pengantin berada di pusara bapa menimbulkan rasa sebak netizen. - Foto Fitrin Ruslee
A
A
A

SHAH ALAM - Semua orang pastinya sebak apabila mengenangkan insan tersayang tidak sempat melihat hari bahagia bergelar raja sehari kerana telah pergi menghadap Ilahi.

Begitulah yang terpaksa dihadapi seorang wanita apabila dilihat menziarahi pusara bapanya untuk mengirimkan doa dan membacakan surah Yasin selepas selesai diijab kabul dengan pasangannya.

Gambar pasangan pengantin terbabit yang berada di tanah perkuburan dikongsi seorang jurugambar profesional, Fitrin Ruslee di laman Facebook miliknya menimbulkan sebak di hati netizen.

No Image Caption

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Fitrin menulis, "Pusara Ayah...#Alfatihah 1bulanAyahTelahPergi #sayangilahAyahDanIbuSelagiMasihAda."

Perkongsian gambar itu menimbulkan perasaan hiba netizen yang memberikan pelbagai reaksi terhadap hasil karya jurugambar berkenaan.

Perkongsian Fitrin membuatkan netizen sebak melihat gambar yang dikongsi olehnya di Facebook.
Perkongsian Fitrin membuatkan netizen sebak melihat gambar yang dikongsi olehnya di Facebook.

Rata-rata netizen bersimpati dengan pasangan pengantin terbabit yang tidak dapat meraikan hari bahagian bersama insan tersayang.

Artikel Berkaitan:

Halimatul Saqdiah berkata, "Al-Fatihah, ayah tunang saya baru meninggal Selasa minggu lepas dan tak sempat juga ingin tengok anak lelaki dia kahwin."

"Terbaik gambar Fitri, walaupun hanya sekadar gambar namun mampu membuat saya sedih bagaimana pasangan ini mengharapkan ayahnya ada di sisi untuk melihat mereka telah berkahwin. Kuatkan semangat untuk pengantin, Al-Fatihah," tulis Daniel Rahim di Facebook.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!