Penguin antisosial menang Bird of The Year

Penguin spesies hoiho tersebut mencipta sejarah menerima anugerah itu dalam tempoh 14 tahun.
Penguin spesies hoiho tersebut mencipta sejarah menerima anugerah itu dalam tempoh 14 tahun.
A
A
A

WELLINGTON - Seekor penguin spesies terancam bermata kuning telah memenangi pertandingan Bird of the Year selepas 'kempen' sengit selama dua minggu.

Penguin hoiho tersebut berjaya mengalahkan lima pesaingnya untuk mencipta sejarah menjadi penguin pertama menerima anugerah itu dalam tempoh 14 tahun.

Spesies hoiho yang digelar sebagai burung antisosial tersebut yang hanya tinggal 225 pasangan di New Zealand merupakan penguin paling jarang ditemukan di dunia dan ia berkomunikasi dengan jeritan yang tinggi.

Kumpulan pemuliharaan, Forest & Bird yang mengendalikan undian itu memaklumkan hoiho memenangi 12,022 daripada 43,460 undi.

"Ia berjaya menewaskan spesies kakapo dan kereru yang memenangi pertandingan itu pada tahun lalu. Pertandingan antara spesies burung terancam itu sangat sengit. Sukar untuk ramalkan pemenang," kata jurucakapnya, Megan Hubscher.

Difahamkan kempen yang dijalankan termasuk menyewa ruang billboard dan menghasilkan video untuk mempromosikan pelbagai spesies burung terbabit bagi menarik sokongan pengundi. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!