Pengasas Helmet Putih ditemukan mati
ISTANBUL - Bekas pegawai risikan tentera British yang menerima anugerah Order of the British Empire (OBE) atas sumbangannya bersama pasukan pertahanan awam Helmet Putih di Syria ditemukan mati berhampiran pejabatnya di Istanbul hari ini.
Penemuan mayat James Le Mesurier dibuat di sebuah jalan di hadapan bangunan pejabatnya pada jam 4.30 pagi (waktu tempatan).
Punca kematiannya bagaimanapun tidak diketahui.
Le Mesurier menubuhkan kumpulan tindak balas kecemasan Mayday Rescue yang membantu untuk melatih sukarelawan Helmet Putih yang diasaskannya.
Pertubuhan itu yang turut dikenali sebagai Pertahanan Awam Syria membantu orang awam yang terperangkap dalam serangan di kawasan terjejas konflik di negara itu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!