Apa nak buat bila hilang kerja?

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SERAMAI 33,906 orang pekerja di Malaysia kehilangan kerja dalam pelbagai sektor sejak awal tahun ini dan jumlah itu dijangka meningkat sehingga 37,600 pada hujung Disember.

Daripada jumlah itu, seramai 14,283 orang sudah kembali bekerja.

Jadi apakah langkah awal yang perlu dilakukan oleh mereka yang menjadi ‘mangsa keadaan’ itu ataupun yang kehilangan punca pendapatan.

Tidak dinafikan pekerja yang diberhentikan dengan pelbagai alasan pastinya buntu memikirkan bagaimana mereka mahu menyara diri dan keluarga selepas tiada gaji.

Sebenarnya untuk peringkat permulaan ini, para pekerja itu boleh memfailkan permohonan tuntutan Skim Insurans Pekerjaan (SIP) bagi mendapat bantuan kewangan.

Bermula 1 Disember 2018, bagi yang hilang pekerjaan dan mencarum minimum 11 bulan caruman, mereka layak menuntut faedah penuh SIP (full-fledged) seperti Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) dan Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB).

Sebagai contoh, mereka yang bergaji RM4,000 layak diberi EMP yang diberikan Perkeso sebanyak RM3,160 selepas tujuh hari permohonan dibuat, RM1,975 pada bulan kedua, RM1,580 pada bulan ketiga dan keempat dan RM1,185 pada bulan kelima.

Bukan itu sahaja, antara faedah penuh SIP yang disediakan ialah Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Kewangan bagi yang kehilangan sumber pendapatan tunggal dan sedang mencari pekerjaan.

Artikel Berkaitan:

EPB ialah elaun kewangan bagi yang mempunyai beberapa pekerjaan dan kehilangan sekurang-kurangnya satu, tetapi tidak semua pekerjaan.

Fi/Yuran Latihan (FL) pula untuk individu yang mengikuti latihan kemahiran dengan pengesyoran Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Perkeso.

Yuran latihan dibayar terus kepada syarikat yang menyediakan latihan (service provider) bagi pemohon yang terpilih mengikuti kemudahan latihan vokasional tidak melebihi tempoh enam bulan dengan kos maksimum latihan iaitu RM4,000.

Elaun Latihan (EL) pula insentif kewangan dibayar kepada peserta yang menghadiri latihan.

Bantuan SIP Perkeso yang diperkenalkan pada Januari lalu sebenarnya membantu meringankan bebanan individu yang hilang punca pendapatan sebelum mereka memperoleh pekerjaan baharu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!