Pelan Kuala Lumpur 2040 had projek pencakar langit

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pembangunan projek pencakar langit di ibu negara kemungkinan dihentikan menjelang tahun 2021 sebagai usaha mewujudkan suasana kehidupan banda raya yang lebih baik.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata, perkara berkenaan antara yang akan diambil kira dan dibincangkan bersama semua pihak berkepentingan sebelum Pelan Kuala Lumpur 2040 digazetkan.

“Sekarang kita ada Pelan Kuala Lumpur 2020 yang akan tamat pada 31 Disember 2020. Jadi, dalam dua tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama semua 11 Ahli Parlimen, orang ramai dan stakeholders akan berbincang bagaimana untuk selesaikan masalah di Kuala Lumpur.

“Terutamanya dari segi infra seperti jalan raya, banjir kilat, over development dan sebagainya supaya satu perancangan akan dapat dilihat apabila masuk tahun 2021 dimana kita akan gazetkan Pelan Kuala Lumpur 2040,” katanya selepas turun padang isu penyuraian trafik di Lembah Pantai di sini, hari ini.

Menurutnya, keadaan Kuala Lumpur sedia ada terlalu padat dengan pembangunan berkepadatan tinggi sehingga menjejaskan kualiti hidup di banda raya dan imej Kuala Lumpur sendiri.

“Saya secara peribadi tidak mahu lagi the tallest building in the world, the largest, the biggest. Kita mahu kualiti hidup lebih baik, pendidikan dan keselamatan. Kalau orang jalan tepi jalan pun rasa selamat. Pandangan saya, kita kena buat zon, kalau nak buat sampai 100 tingkat, hanya zon tertentu sahaja.

“Pembangunan berkepadatan tinggi akan dikawal dengan menghadkan zon-zon tertentu memandangkan Pelan Kuala Lumpur 2040 turut akan memberi tumpuan terhadap ‘over development’. Semua itu kita akan bincang melalui engagement,”katanya.

Nor Hisham berkata, pelaksanaan kawalan pembangunan, sistem trafik di Kuala Lumpur juga akan menjadi lebih baik dan usaha tersebut akan disokong lagi dengan perkhidmatan bas percuma Go-KL yang akan diperluaskan ke seluruh ibu kota menjelang Februari ini.

Artikel Berkaitan:

“Kita tidak mahu lagi orang cakap tak mahu datang Kuala Lumpur kerana trafik sesak. Dalam keadaan begini kita mahu orang lebih mudah bila datang Kuala Lumpur,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!