ECER berjaya tingkat taraf hidup peserta

Kursus dan aktiviti amali yang dijalankan dalam kelas latihan kemahiran untuk peserta Program Empower ECER.
Kursus dan aktiviti amali yang dijalankan dalam kelas latihan kemahiran untuk peserta Program Empower ECER.
A
A
A

SHAH ALAM - Latihan kemahiran dan keusahawanan di bawah Program Empower ECER berjaya mengubah kehidupan golongan berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik.

Seorang peserta, Haramaini Abdul Wahid, 33, berkata, dia pernah gagal dalam perniagaan bakeri dan pastri, namun bangkit semula selepas menyertai program yang dijalankan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Haramaini yang mengusahakan perniagaan bakeri dan pastri di Kampung Batu Gajah Tanah Merah, Kelantan kini menerima banyak tempahan daripada pelanggan dari dalam dan luar Kelantan.

Raja Rohaya Raja Dris, 41, pula berkata, dia bersyukur kerana diberi peluang mengasah bakat dalam bidang pastri dan kini memiliki syarikat sendiri.

Program tersebut turut mengubah nasib pemandu lori, Fazliezani Che Hashim, 34, yang kini mahir membaik pulih kenderaan dan memiliki bengkel sendiri.

Bapa kepada tiga anak yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan itu turut membuka peluang pekerjaan kepada rakan sekampungnya.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Jabatan Pengurusan Korporat, Kualiti dan Alumni Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Muhamad Irsaffuddin Ismail berkata, program itu bertujuan merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat luar bandar melalui prestasi kemahiran vokasional.

Menurutnya, pelbagai kursus berbentuk kemahiran ditawarkan kepada peserta, antaranya bakeri dan pastri, jahitan dan fesyen, makanan sejuk beku, dandanan rambut, baik pulih alat telekomunikasi mudah alih, fotografi dan grafik, juruteknik kenderaan serta madu kelulut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!