Bina kubur tepi jalan, elak orang buang sampah

Tiada longgokan sampah selepas kubur dibina.
Tiada longgokan sampah selepas kubur dibina.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Bagi mengelak longgokan sampah di tepi jalan daripada terus berlaku, penduduk kampung membina kubur di kawasan itu bagi mengatasi masalah tersebut.

Lokasi itu dipercayai di Kampung Panji Alam selepas pemilik akaun Man Fazli memuat naik statusnya di Facebook.

Man Fazli turut memuji keberanian penduduk dan tindakan mereka itu disifatkan satu tindakan bijak dan berani.

"Bijak sungguh idea yang tukang buat ni, bersih terus. Dengar-dengar lokasi kat 'area' kampung Panji Alam," tulisnya.

Dalam pada itu, Man Fazli juga memuat naik gambar sebelum dan selepas pembinaan kubur itu, sekali gus menunjukkan kawasan itu bebas dari kotoran sampah sarap.

Paparan Facebook Man Fazli tular di laman sosial.
Paparan Facebook Man Fazli tular di laman sosial.

Lebih menarik perhatian, kawasan tersebut diletakkan sepasang batu nisan seolah-olah kubur sebagai inisiatif tiada lagi orang membuang sampah di kawasan tersebut.

Ternyata idea itu membuahkan hasil dan rata-rata netizen menyokong usaha murni penduduk memelihara kebersihan persekitaran kampung tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Geliga (bijak) orang Terengganu," tulis Nursyuhada.

Kata Tihani Puteri, "Hahaha, tadi lalu balik sekolah anak siap tanya lagi siapa mati situ."

Menurut Addy Aidi, "Kejut lalu kok sini semalam. Ingat ke betul."

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!