Padah bot pukat tunda langgar kawasan

Bot pukat tunda yang ditahan APMM Pulau Pinang selepas didapati menangkap ikan di luar zon yang ditetapkan.
Bot pukat tunda yang ditahan APMM Pulau Pinang selepas didapati menangkap ikan di luar zon yang ditetapkan.
A
A
A

GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C selepas didapati menangkap ikan di luar zon yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, bot berkenaan ditahan petang semalam pada jarak 9.6 batu nautika dari Barat Laut Muka Head.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati empat lelaki warga Thailand berumur dalam lingkungan 41 hingga 56 tahun berada di atas bot dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

"Turut dirampas ditemui dua gulung pukat tunda, ikan baja 500 seberat kilogram (kg), ikan campur 1,000 kg dan sotong 300 kg.

Hamizan berkata, APMM Pulau Pinang akan terus mempergiatkan pemantauan dan rondaan dalam memastikan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang di laut dapat dibanteras sebaiknya.

Beliau mengingatkan pengusaha bot nelayan kelas B dan ke atas mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan.

Orang awam diminta bekerjasama melaporkan kejadian berkaitan melalui talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 /04-2643650.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!