[video] 'Angsa di kampung makan polistirena'
UMUM mengetahui Maya Karin adalah seorang selebriti yang peka terhadap penjagaan alam sekitar.
Sikap prihatin Maya yang amat cintakan keindahan alam semula jadi itu mudah terguris tatkala menyaksikan perbuatan tidak bertanggungjawab orang lain hingga mendatangkan mudarat kepada haiwan mahupun manusia.
Menerusi Twitter miliknya, beliau memuat naik video durasi 18 saat memaparkan seekor angsa dewasa berwarna putih sedang makan sisa polistirena yang terbiar di kawasan kampung.
"Angsa di kampung ku makan polystyrene (polistirena)!!!" katanya.
Pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu berkata, dia nampak aksi itu ketika menaiki sebuah kereta sebelum berhenti dan membunyikan hon untuk menghalau angsa tersebut.
"Ternampak masa lalu menaiki kereta, terus undur dan bunyikan hon untuk takutkan angsa, nak kutip dan buang (polistirena) di tempat yang sepatutnya.
"Tapi angsa tu tak pedulikan. Nasib baik anak jiran tolong. Ayam, angsa makan, esok kita pula yang telan semua racun ini," katanya.
Dalam pada itu, perkara sedemikian tidak wajar berlaku terutama di perkampungan kerana ia boleh mengganggu keseimbangan persekitaran semula jadi.
Posting itu nyata menarik perhatian netizen yang menyifatkan orang ramai perlu cakna dalam memelihara persekitaran demi mengelakkan haiwan menjadi mangsa.
"Memang ayam pun suka polistirena ni. Dia lembut-lembut macam nasi kot. Kena hati-hati, jangan buang merata," kata @azianteh.
Kata @fich, "Di mana sahaja kita berada, sampah perlu dibuang di lokasi sepatutnya, bukan dicampak begitu sahaja."
Perkongsian video itu sehingga kini meraih 12,400 tontonan dari netizen.
VIDEO
Angsa dekat kampung ku makan polystyrene!! Ternampak masa lalu naik kereta, terus gostan n horn nak takut kan dia, nak kutip dan buang di tempat yang sepatutnye. Tapi angsa tu tak pedulikan. Nasib baik anak jiran tlg. Ayam,angsa makan, esok kita pulak yang telan all that poison!! pic.twitter.com/Cl1GROGy7P
— Maya Karin (@maya_karin) November 9, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!