Kerajaan PH tak pernah campuri urusan mahkamah: Azmin

Mohamed Azmin
Mohamed Azmin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berpegang kepada prinsip peraturan undang-undang di mana pihak eksekutif tidak pernah mencampuri urusan serta persidangan mahkamah.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, oleh itu, tidak timbul soal sama ada pihak kerajaan campur tangan dalam kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika menegaskan hal itu, beliau berkata, keputusan mahkamah haruslah dihormati semua pihak dan sesiapa pun yang dipanggil untuk membela diri masih memiliki ruang kerana ia adalah proses yang mesti dilalui semua pihak.

"Saya melalui proses yang sama puluhan tahun tapi biarlah mahkamah yang menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam kes membabitkan Najib.

Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi, di sini semalam yang memerintahkan Najib membela diri terhadap kesemua tujuh pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!