Jeck Seng terkilan dengan peringatan SPR

Jeck Seng (duduk, tengah) berkata sesuatu pada sebahagian pemandu teksi di terminal teksi di terminal bas Pontian hari ini.
Jeck Seng (duduk, tengah) berkata sesuatu pada sebahagian pemandu teksi di terminal teksi di terminal bas Pontian hari ini.
A
A
A

PONTIAN - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dukacita dengan peringatan daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada 16 November ini.

Jeck Seng berkata, peringatan berkenaan dilihat seolah menyekat aktiviti berkempen yang selama ini dilakukan dengan bebas terutamanya untuk berjumpa dengan pengundi.

Menurutnya, peringatan berkenaan membuatkannya terkilan kerana selama ini beliau dapat berkempen dengan bebas.

“Selama ini kita berkempen secara bebas, sekarang nak jumpa pengundi dari rumah ke rumah pun kena minta permit. Itu menyekat kita jumpa dengan pengundi, kita nak jumpa pengundi seramai yang boleh.

“Tak tahulah kenapa jadi begini. Semalam baru terima arahan. Tinggal dua hari, kenapa tak mula dari awal atau nyatakan cara apa yang sesuai untuk mudahkan kita bergerak.

“Kita tak ada niat apa, cuma nak jumpa dengan pengundi beritahu kita calon, calon nombor berapa, mintaklah sokongan, itu sahaja. Saya dukacita kenapa perkara ini berlaku,” katanya pada sidang akhbar sempena program santai bersama pemandu teksi Tanjong Piai @ Gerai di Terminal Bas Pontian hari ini.

Jeck Seng berkata, pendekatan kempennya sempena PRK kali ini adalah untuk mendekati pengundi, bertanya khabar dan seterusnya mendengar rintihan mereka.

Malah katanya, menerusi pendekatan sedemikian beliau perlu berusaha kuat setiap hari hari untuk mendekati pengundi.

Artikel Berkaitan:

“Inilah cara kita berkempen. Say hello dan mendengar rintihan. Apa pun kempen saya penuh dengan cabaran. Saya pembangkang, dia kerajaan.

“Tengok sahajalah beberapa hari ini, saya diserang bertubi-tubi. Takkan nak serang saya macam tu, sebelum-sebelum ini tak ada apa. Jadi memang fitnahlah,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!