Lori tangki terbakar, laluan ke utara ditutup
IPOH - Laluan arah utara dari Ipoh ke Kuala Kangsar ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan susulan kebakaran sebuah lori tangki minyak di KM268 Lebuh Raya Utara Selatan hari ini.
Penutupan jalan itu bagi membolehkan pasukan penyelamat menjalankan kerja-kerja pemadaman di lokasi kejadian.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, Kuala Kangsar dan Ipoh dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 11.16 pagi.
“Setibanya di lokasi kejadian, api sedang marak membakar 60 peratus sebuah lori tangki muatan minyak.
“Lori terbabit turut melintangi lebuh raya tiga lorong itu. Anggota masih menjalankan kerja-kerja pemadaman,” katanya.
Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dengan keluar tol Ipoh Selatan untuk ke utara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!