Lebih 2,000 kaki pancing berentap di Pantai Tambak Pontian

Ammar (empat dari kanan) dan Pengurus Wakjali Event Management, Md Zali Kasran (dua dari kiri) bersama pemenang Program Jelajah Surfcasting Tourism Malaysia siri kelapan di Pantai Tambak Pontian.
Ammar (empat dari kanan) dan Pengurus Wakjali Event Management, Md Zali Kasran (dua dari kiri) bersama pemenang Program Jelajah Surfcasting Tourism Malaysia siri kelapan di Pantai Tambak Pontian.
A
A
A

PONTIAN - Kira-kira 2,000 kaki pancing bersaing bagi merebut hadiah bernilai lebih RM130,000 dalam Program Jelajah Surfcasting Tourism Malaysia siri kelapan yang berlangsung di Pantai Tambak Pontian di sini pada Sabtu lalu.

Program itu merupakan anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management dengan kerjasama Tourism Johor dan WFC Development Sdn Bhd.

Program Jelajah Surfcasting Tourism Malaysia siri kelapan itu dirasmikan oleh Pengarah Kanan Tourism Malaysia (Domestik dan Acara) yang juga Ketua Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2020, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

Dalam pertandingan itu, Zabri Abd Rashid menang tempat pertama dan berjaya membawa pulang wang tunai RM70,000, tempat kedua disandang Bunyamin Jusoh yang menerima RM12,000 dan RM5,000 menjadi milik Mohd Faiz Azrulsham di tempat ketiga.

Turut diadakan, sesi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah sebuah televisyen LED 60 inci, empat TV LED 32 inci, 20 hamper dan 10 barangan Igloo.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!